CABARAN-CABARAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)

Apakah cabaran-cabaran yang boleh dihadapi dalam mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025)


Terdapat 7 cabaran:




1. Ilmu dan kepakaran


  • Membuat pembaharuan iaitu transformasi perlu dilakukan kepada pengilmuan baharu dan pembinaan kemahiran baharu

  • Harus menggantikan teori lama dengan baharu

  • Teknologi lama diganti kepada teknologi baharu


Contoh: kajian KPM dalam menunjukkan aplikasi 1BestariNet kurang digunakan oleh pelajar dalam proses PdP di sekolah mereka, walaupun kerajaan sudah membuat perbelanjaan sebanyak RM6 billion untuk melaksanakannya. 


Masalah penggunaan aplikasi:

  1. Kualiti laptop

  2. Kelajuan akses intern



2. Perkhidmatan Guru


Semua isu di atas yang boleh menjejaskan prestasi dan kualiti pengajaran guru. Hal ini kerana penagjaran guru merupakan faktor pertama dalam menentukan keberhasilan murid dan sistem pendidikan. Cabaran yang dihadapi oleh KPM ialah penyediaan kemudahan, faedah dan elaun yang dapat meningkatkan komitmen guru dalam profession mereka. 


Contoh: Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Finland merupakan negara yang mempunyai   status terbaik untuk profesion guru antara semua jenis pekerjaan.


3. Prasarana sosial untuk kawasan pedalaman 


  • Banyak kawasan luar bandar dan pedalaman masih kurang infrastruktur sosial:-

  1. Jalan raya 

  2. Bekalan air 

  3. Bekalan elektrik 

  4. Rangkaian telekomunikasi 

  5. Sekolah

  6. Hospital

  • Kekurangan ini menjadi satu cabaran kepada aspirasi ekuiti, kualiti, demokrasi pendidikan dan keberhasilan murid serta pencapaian Nasional Key Result Area (NKRA) sistem pendidikan.


4. Kepakaran dalam bidang teknologi 


  • Kurang pengetahuan dalam bidang teknologi

  • Pendidikan masa kini lebih kepada penggunaan teknologi. Contohnya, penghantaran kerja rumah sekolah atau memberi maklumat adalah melalui media sosial. UPSI menggunakan platform MyGURU untuk memberi dan menghantar tugasan serta memberi pengumuman 

  • Dengan ini, guru dan murid sekali harus peka terhadap perkembangan teknologi 





5. Pembangunan Prasekolah dan Pendidikan Khas 


  1. Prasekolah

  • Pada tahun 2013, 8700 buah kelas prasekolah KPM yang dibuka secara percuma 

  • Tetapi jumlah tersebut tidak mencukupi untuk semua kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun.

  • Sekarang, terdapat banyak penubuhan tadika KEMAS dan swasta 

  • KPM bersikap terbuka kepada kehendak ibu bapa 

  • KPM haruslah memperluaskan peruntukan pembinaan kelas prasekolah dalam tempoh lima tahun 

  • Juga melatih guru-guru prasekolah yang berkualiti


  1. Pendidikan Khas 

  • Penyediaan sekolah khas untuk pelbagai kategori kurang upaya 

  • Penyediaan pakar penilai psikologi, kaunselor, pembantu guru dan peralatan yang relevan

  • Penyediaan sekolah vokasional khas di semua negeri



6. Perluasan Pendidikan Vokasional Aras Tinggi

  • Mengutamakan kualiti produk yang dihasilkan oleh pelatih

  • Pelatih vokasional dapat sijil tetapi kualiti produk mereka masih diragukan

  • Pelatih vokasional masih belum mencapai kompetensi tinggi dalam melakukan kerja

  • Malaysia harus mengikut model Jerman yang mengasah bakat untuk mendapat diploma

  • Halangan utama ialah paradigma pemikiran masyarakat Malaysia iaitu kecemerlangan akademik dan kemegahan pada bilangan gred A dalam peperiksaan bukannya pada kecemerlangan vokasional dan industri pelajar.



7. Kecekapan pengurusan dan kepimpinan sekolah



  • Pemimpin sekolah atau guru adalah penentu prestasi dan kejayaan sekolah

  • Ada sesetengah sekolah yang tidak mempunyai guru besar ataupun pengetua 

  • KPM harus bersiap sedia dengan guru untuk melakukan penggantian apabila seorang guru bersara.

  • Guru- guru harus bersikap dedikasi dalam mengajar anak-anak murid. 

  • Guru harus mengambil inisiatif untuk melakukan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran.


Comments

Popular posts from this blog

ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (GELOMBANG PERTAMA: 2013-2015) KE ARAH MENAMBAHBAIK SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (GELOMBANG KEDUA: 2016-2020) KE ARAH MEMPERCEPAT KEMAJUAN PENDIDIKAN MALAYSIA