ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (GELOMBANG PERTAMA: 2013-2015) KE ARAH MENAMBAHBAIK SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dimulakan dengan Gelombang Pertama (2013-2015). Demi mencapai objektif yang telah dirancang, setiap gelombang telah memfokuskan terhadap pencapaian yang tersendiri. Bagi gelombang pertama ini, tiga keberhasilan utama telah difokuskan.
ASPEK GELOMBANG 1 (2013-2015)
PENCAPAIAN PPPM GELOMBANG 1 (2013-2015)
Gelombang pertama PPPM ini telah membuahkan hasil yang sememangnya memanfaatkan sistem pendidikan Malaysia.
ENROLMEN MENINGKAT
- Enrolmen pra-sekolah dan sekolah rendah meningkat iaitu masing-masing mencatatkan 84.6% dan 98% pada 2015 berbanding 2013.
Enrolmen menengah rendah dalam pendidikan vokasional meningkat daripada 4.6% (2013) kepada 5.3% (2015).
PENINGKATAN LINUS
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) meningkat dengan pencapaian 99% literasi Bahasa Melayu dan numerasi apabila murid tamat Tahun Tiga.
MERAPATKAN JURANG
Jurang pencapaian UPSR bandar dan luar bandar berjaya dikurangkan dalam tempoh tiga tahun berkenaan kepada 25% dari 31.6%.
APLIKASI KBAT
Kemahiran memimpin, berfikir, pengetahuan, penguasaan dwibahasa, etika, kerohanian serta identiti nasional.
268, 589 guru telah dilatih mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam usaha meningkatkan kualiti golongan pendidik.
KBAT diaplikasi dalam:
kurikulum
pentaksiran
kegiatan kokurikulum
ICT
Comments
Post a Comment